Pernah sesekali aku lepas dep dari sangkarnya untuk biarkan dia bermain di halaman rumah aku.Dan aku tak ingat berapa lama aku lepaskan dep dan dep tiada di rumah.Ketika aku mencarinya,aku ternampak dep bergaduh dengan kucing lain sehingga dep jatuh longkang dan jatuh sakit.Ketika itu aku sangat risaukannya.Dep hanya tidur di atas katil dan kadang-kadang tidur di bawah katil.
Dep selalu hilang dari rumah dan aku bernasib baik kerana jumpa dep kembali.Pernah sesekali dep hilang dalam tempoh agak lama dan aku menangis kerana risaukan dep takut diambil orang.Ketika aku marah,geram aku selalu bercakap dan meluahkan apa yang aku rasa dengan dep walaupun hakikatnya dep adalah seekor kucing.Pada tahun 2011,aku masuk ke Sek Men Vokasional sehinggalah aku belajar di Balik Pulau.Ketika itu aku tidak lagi menjaganya dan tok wan aku yang menjaga dep.Hanya apabila aku pulang aku bermain dengannya.Tok wan amat menyayanginya.
Ketika aku cuti,aku selalu membawanya menaiki basikal ronda bersamaku dan membawanya pergi ke taman.Aku selalu mengusik dep mengguna pengering rambut.Terlalu banyak kenangan aku dengan dep.Aku amat menyayanginya.Namun hidup tak kekal di dunia.Namun hidup tak kekal di dunia.Dep mati pada 04/03/2015 dan aku dapat tahu pada keesokan harinya.Pada mulanya aku tidak percaya bahawa dep dah tiada.Lama-lama aku sudah boleh menerima kenyataan.Aku tidak akan lupakan dep.Dep sentiasa di hatiku.


No comments:
Post a Comment